Universiti
Utara Malaysia adalah sebuah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia. Ia
terletak nun jauh di utara semenanjung iaitu di Sintok, Kedah. Di mana berada
di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam. Di sini, hanya ditawarkan
kursus sarjana muda, sarjana dan Phd yang terbahagi kepada 3 fakulti iaitu COB,
CAS dan COLGIS.COB(College of Business) yang menawarkan kursus-kursus yang
berkaitan dengan perniagaan seperti perakaunan, perbankan,kewangan dan
lain-lain. Di fakulti CAS (College of Art and Science) pula menawarkan kursus
seperti pendidikan, multimedia, kewartawanan, It, kaunseling dan
lain-lain.Manakala di COLGIS (College of Law and Government Institution) yang
menawarkan kursus berkaitan undang-undang, pengurusan awam, dan lain-lain.
Oleh
kerana persekitaran yang berlatarbelakangkan alam flora semulajadi, bumi UUM
ini sungguh indah terutama di waktu pagi. Kami dihujani kabus nipis dan
pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di Cameron Highland dan
pergunungan yang indah. Suasana yang sentiasa menghijau serta menenangkan lagi
jiwa para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran tanpa kesibukan kota raya dan
jauh dari kebebasan sosial.
Terdapat
pelbagai kemudahan tersedia disini, antaranya adalah litar go kart, sauna,
kolam renang bertutup, gym, stadium, dewan konvokensyen yang mampu memuatkan
ribuan orang pada satu-satu masa, pusat kesihatan universiti, kem PLKN, dua
buah hotel bertaraf 3 bintang dan banyak lagi. Oleh itu, para pelajarnya tidak
perlu keluar dari universiti ini kerana semua tersedia oleh pihak universiti
untuk kemudahan pelajarnya. UUM juga mempunyai unit keselamatan sendiri yang
diahlikan oleh para bekas pasukan polis dan tentera untuk mengawal selia
keadaan universiti ini dari pencerobohan dan salah laku pelajar agar
keselamatan mereka sentiasa terjamin.
No comments:
Post a Comment